BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 7 June 2011

Roti Puri dan Kari Semalam







Sorry ye..masa upload gambar ni,tak nak ikut giliran la pulak...

Bangun pagi tadi kepala masih lagi sakit. Semalam dah telan panadol, tapi nampaknya migrain ni degil nak pergi. Jadi, Saya buat perkara biasa untuk hilangkan rasa sakit, buat kerja. Kari semalam masih bersisa, nak buang.... ingat nak goreng nasi buat sarapan. Eh, dah ada bau sikit, orang nogori kata dah ghosan. Jadi, masuk tong sampahlah. Apa nak buat breakfast, aaa....? Teringat roti puri, pernah makan tak? Resepi ni kawan pekerja sekolah saya yang ajar, kak Ani namanya. Tapi dia guna tepung atta(r),tak ada pula....Jadi kita buat versi lain, guna tepung gandum saja, (kawan saya Kak Imah pernah buat) sedap juga, kurang muak. Beginilah citer resipinya....

Resepi Roti Puri

600 g tepung gandum (boleh guna separuh atta separuh gandum)
1 biji telur
1 sudu marjerin
3/4 sudu makan yis segera
1 sudu makan gula
1/2 sudu garam
Air secukupnya

Cara-caranya:

Gaulkan semua bahan. Uli hingga jadi doh. Jangan terlalu keras atau terlalu lembik. Lebih kurang macam adunan roti canai. Bahagikan doh sebesar telur ayam. Canai nipis-nipis. Panaskan minyak dalam kuali. Lebih kurang 3 cawan. Goreng dengan api sederhana kecil.Apabila roti menggelembung, balikkan. Apabila sudah cantik kekuningan, angkat, toskan. Cicah dengan kari atau dal atau sambal sardin pun sodap... (Errr...resepi kari semalam? Kenalah buat kari semalam, hari ni baru makan....jgn mare....)


Alhamdulillah, habis saja menggoreng, roti pun dah habis, anak-anak suka...tapi kena makan panas-panas....migrain pun hilang! Mudah2an hilang terus. Kadang-kadang main cak-cak pulak dia...
Cerita pasal roti-roti ni, roti canai, capati, tosai, roti nan dan yang seangkatan dengannya memang kegemaran suami saya. Anak-anakpun suka. Saya pula suka lihat proses membuat roti canai, penuh dengan seni. Kadang-kadang, tunggu peniaga menebar roti canai, apabila sampai di rumah, saya tak lalu nak telan. Terbayang jari-jemari penebar roti canai yang sekejap mencanai, menebar, lap peluh, tepek-tepek doh, kira duit, bungkus dengan suratkhabar, tepek lagi, garu belakang (teringat filem 3 idiots: roti ekzema) Anak saya yang sulung, hingga sekarang tidak mahu makan roti canai lepas jumpa bulu dalam roti canai yang dipesannya. Bulu apa? Wallahua'lam. Tapi suami saya tak kisah...walaupun saya selalu hasut dia, dia bahkan tolong tambah cerita yang menggelikan telinga dan tekak, tapi dia lalu je....Apapun, pilihan di tangan anda. Kalau nak yang bersih dan suci, masaklah sendiri.

0 juta orang suka masakan mama :):