Friday, 3 June 2011
Kek Lapis Lemon
Kek ini merupakan produk terbaru daripada Koleksi Dapur Panas. Buat semalam , hari ini tinggal sekerat. Memang MOIST dan rasanya masam manis. Resipinya, sila rujuk di bawah.
Kek Lapis Lemon
Bahan-bahannya:
18 kuning telur, 6 putih telur
250 tepung hong kong (gandumpun boleh)
80 ml air ais
400 g mentega (jangan guna g.c.....aaaa)
300 g gula castor
1 tin susu manis
2 sudu makan ovellete
1 biji oren, perah jusnya, kulitnya diparut
1/2 st garam, esen oren, color lemon yellow
Cara-caranya:
1. Mentega dan susu dipukul kembang gebu.
2. Telur, gula, garam dan ovallete dipukul kembang.
Masukkan airdan tepung. Pukul hingga gebu.
3. Satukan kedua-dua adunan. Masukkan esen oren,
color, jus oren dan parutan kulit oren.
4. Bakar selapis-selapis. Gunakan api atas sahaja.
Suhu bergantung kepada oven yang digunakan.
Apabila kek semakin tinggi, ia semakin cepat masak.
Posted by AmniSaffiya at 02:35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 juta orang suka masakan mama :):
Post a Comment