Red Velvet Cuppies ni sepatutnya semerah baldu. Tapi saya allergic ngan color. Ngeri nak bubuh color sampai 4 sudu makan, rasa cam bubuh racun plak. Jadilah cuppies yang tak red langsung. Tambah lagi dengan kualiti camera handphone yang tersangatlah canggihnya, nampak macam coklat kan....
Resipinya saya dapat dari blog Mat Gebu, Thanx , CMG.Dia namakan red devil cupcake. Saya tukar red velvet, tak naklah makan devil.... Memang betoi kata cik mat, kalau buat hari ni, esok baru makan, ia lebih lembut selepas dibiarkan semalaman. Tapi erkkk, anakanda2 beta, tak boleh lak tunggu esok-esok, keluar dari oven, terus ngap....Itulah sebab mamanya kena rajin masak, mana larat nak beli.Apapun, thanx cik mat, saya dah lama nak bagi dia award "blogger paling pemurah" , he..he...tapi belum berkesempatan. So, inilah resipinya........
Kek Red Velvet
Bahan-bahan:
1 cawan susu soya(saya guna susu segar)
1 camca teh "cider vinegar" = cuka epal
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
1 cawan gula halus (mat kurang kan 2 camca besar)
1/3 cawan minyak canola (mat guna minyak jagung)
1 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh esen badam (tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan susu dengan cuka epal, ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt), teknik ini penting untuk tindak balas soda bicarbonate.
- Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam (kalau guna) dan bancuhan susu + cuka epal tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
- Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, bakar 18 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing. Lagi sedap dimakan keesokkan harinya.
0 juta orang suka masakan mama :):
Post a Comment