BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 10 June 2011

Resepi Kuih Bengkang Mak Minah

Kuih bengkang (bingka?) pandan ini resepi asalnya daripada arwah ibu mertua. Arwah tak suka makan kuih-kuih manis ni. Tapi antara resepinya yang saya gemari ialah kuih bengkang dan kek buah kukus. Arwah memang pakar memasak, terutama lauk-pauk asli Negeri Sembilan. Awal-awal pagi, selepas sahaja solat Subuh, sarapan pagi sudah tersedia, kadang-kadang dua tiga menu sarapan pagi. Tengahari pulak, sajian utamanya masak lomak cili api dan sambal (apa saja) pasti ada. Menu tengah hari sekurang-kurangnya empat jenis lauk. Minum petang lagi, teh kaw-kaw bancuhannya memang tak dapat dilupakan. Arwah goreng cokodok bawangpun jadi rebutan. Itulah arwah mak mentua saya, memang suka masak, dan seronok melihat orang menikmati masakannya. Arwah juga tidak lokek memberikan resepi jika orang memintanya. Arwah pernah bercerita, ketika menunaikan haji, kerap kali orang-orang tak dikenali menghulurkan makanan kepadanya berupa buah-buahan. Mudah-mudahan rohnya dan sekalian muslimin dirahmati Allah.

Inilah citer resipinya...




Resepi Kuih Bengkang Mak Minah

1 mangkuk telur(apa-apa mangkuk, gunakan mangkuk sama sebagai penyukat - jgn mangkuk ayun sudahlah)
1 mangkuk pati santan (boleh guna yang dalam kotak)
1 mangkuk gula (boleh kurangkan jika suka)
1 mangkuk tepung dan tambah setengah cawan lagi
Daun pandan dikisar dengan sikit air dan diperah jusnya (saya guna pandan pes)

Cara-caranya:

Kacau semuanya, hingga sebati. Lenserkan acuan dengan marjerin, tabur tepung. Bakar dengan suhu tinggi, api atas bawah. Kalau tak ada oven, boleh guna acuan bingka yang berlubang tengah, tenggek atas dapur gas, api kecil. Selamat mencuba....

0 juta orang suka masakan mama :):