BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 10 June 2011

Tartlets, Cream Puff dan Eclairs

Ini gambar-gambar aneka jenis tat: tat keju blueberi, tat buah-buahan dan tat cokelat. Juga gambar cream puff dan eclairs. Memang sedap-sedap, terutama cheese tart yang jadi kegemaran semua dan eclairs tu budak-budak suka. Tart shell tu pun sedap makan begitu sahaja, rangup. Kalau berniaga makanan ni, sajikan kepada ahli keluarga dulu, dapat respon, dah tau yang mana akan jadi hot sale.....Yang ini dibuka untuk tempahan. Sesiapa yang nak buat kenduri, nak wat buah tangan atau nak makan-makan sesaja... Tat tu dalan sekotak ada 25 biji, harganya RM22. Tima kasih tak terhingga juga untuk sifu den, yang memang best giler, Hayati dari Hanan Bakery.








Resepi Kuih Bengkang Mak Minah

Kuih bengkang (bingka?) pandan ini resepi asalnya daripada arwah ibu mertua. Arwah tak suka makan kuih-kuih manis ni. Tapi antara resepinya yang saya gemari ialah kuih bengkang dan kek buah kukus. Arwah memang pakar memasak, terutama lauk-pauk asli Negeri Sembilan. Awal-awal pagi, selepas sahaja solat Subuh, sarapan pagi sudah tersedia, kadang-kadang dua tiga menu sarapan pagi. Tengahari pulak, sajian utamanya masak lomak cili api dan sambal (apa saja) pasti ada. Menu tengah hari sekurang-kurangnya empat jenis lauk. Minum petang lagi, teh kaw-kaw bancuhannya memang tak dapat dilupakan. Arwah goreng cokodok bawangpun jadi rebutan. Itulah arwah mak mentua saya, memang suka masak, dan seronok melihat orang menikmati masakannya. Arwah juga tidak lokek memberikan resepi jika orang memintanya. Arwah pernah bercerita, ketika menunaikan haji, kerap kali orang-orang tak dikenali menghulurkan makanan kepadanya berupa buah-buahan. Mudah-mudahan rohnya dan sekalian muslimin dirahmati Allah.

Inilah citer resipinya...




Resepi Kuih Bengkang Mak Minah

1 mangkuk telur(apa-apa mangkuk, gunakan mangkuk sama sebagai penyukat - jgn mangkuk ayun sudahlah)
1 mangkuk pati santan (boleh guna yang dalam kotak)
1 mangkuk gula (boleh kurangkan jika suka)
1 mangkuk tepung dan tambah setengah cawan lagi
Daun pandan dikisar dengan sikit air dan diperah jusnya (saya guna pandan pes)

Cara-caranya:

Kacau semuanya, hingga sebati. Lenserkan acuan dengan marjerin, tabur tepung. Bakar dengan suhu tinggi, api atas bawah. Kalau tak ada oven, boleh guna acuan bingka yang berlubang tengah, tenggek atas dapur gas, api kecil. Selamat mencuba....

Tuesday, 7 June 2011

Resepi Cupcake Vanilla.







Cupcake ini dibuat semalam. Resepinya seperti di bawah..:

Resipi Cupkek Vanila

25Og butter
200g gula
4 biji telur gred A
5Oml susu cair
280g tepung naik sendiri
2 st esen vanilla

Cara-caranya:

1. Putar butter dan gula hingga kembang gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan memukul hingga
kembang.
3. Masukkan tepung,susu dan esen,kacau hingga sebati.
4. Sudukan dalam paper cup 3/4 penuh.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah, api atas bawah.

Ada fresh cream lebih dan blueberry filling, saja nak nampak menggiurkan.Bubuhlah apa-apa krim yang disukai..Selamat mencuba...

Roti Puri dan Kari Semalam







Sorry ye..masa upload gambar ni,tak nak ikut giliran la pulak...

Bangun pagi tadi kepala masih lagi sakit. Semalam dah telan panadol, tapi nampaknya migrain ni degil nak pergi. Jadi, Saya buat perkara biasa untuk hilangkan rasa sakit, buat kerja. Kari semalam masih bersisa, nak buang.... ingat nak goreng nasi buat sarapan. Eh, dah ada bau sikit, orang nogori kata dah ghosan. Jadi, masuk tong sampahlah. Apa nak buat breakfast, aaa....? Teringat roti puri, pernah makan tak? Resepi ni kawan pekerja sekolah saya yang ajar, kak Ani namanya. Tapi dia guna tepung atta(r),tak ada pula....Jadi kita buat versi lain, guna tepung gandum saja, (kawan saya Kak Imah pernah buat) sedap juga, kurang muak. Beginilah citer resipinya....

Resepi Roti Puri

600 g tepung gandum (boleh guna separuh atta separuh gandum)
1 biji telur
1 sudu marjerin
3/4 sudu makan yis segera
1 sudu makan gula
1/2 sudu garam
Air secukupnya

Cara-caranya:

Gaulkan semua bahan. Uli hingga jadi doh. Jangan terlalu keras atau terlalu lembik. Lebih kurang macam adunan roti canai. Bahagikan doh sebesar telur ayam. Canai nipis-nipis. Panaskan minyak dalam kuali. Lebih kurang 3 cawan. Goreng dengan api sederhana kecil.Apabila roti menggelembung, balikkan. Apabila sudah cantik kekuningan, angkat, toskan. Cicah dengan kari atau dal atau sambal sardin pun sodap... (Errr...resepi kari semalam? Kenalah buat kari semalam, hari ni baru makan....jgn mare....)


Alhamdulillah, habis saja menggoreng, roti pun dah habis, anak-anak suka...tapi kena makan panas-panas....migrain pun hilang! Mudah2an hilang terus. Kadang-kadang main cak-cak pulak dia...
Cerita pasal roti-roti ni, roti canai, capati, tosai, roti nan dan yang seangkatan dengannya memang kegemaran suami saya. Anak-anakpun suka. Saya pula suka lihat proses membuat roti canai, penuh dengan seni. Kadang-kadang, tunggu peniaga menebar roti canai, apabila sampai di rumah, saya tak lalu nak telan. Terbayang jari-jemari penebar roti canai yang sekejap mencanai, menebar, lap peluh, tepek-tepek doh, kira duit, bungkus dengan suratkhabar, tepek lagi, garu belakang (teringat filem 3 idiots: roti ekzema) Anak saya yang sulung, hingga sekarang tidak mahu makan roti canai lepas jumpa bulu dalam roti canai yang dipesannya. Bulu apa? Wallahua'lam. Tapi suami saya tak kisah...walaupun saya selalu hasut dia, dia bahkan tolong tambah cerita yang menggelikan telinga dan tekak, tapi dia lalu je....Apapun, pilihan di tangan anda. Kalau nak yang bersih dan suci, masaklah sendiri.

Friday, 3 June 2011

Koleksi Sepanjang Bulan Mei 2011


Kek Blueberry : Order Kak Noriah untuk sambut anak menantu dan cucu balik bercuti. 
 
 Kek Coklat Lembap: Order dari Cikgu Puteri untuk sambutan hari jadi dua orang puterinya di tadika,  sekali dengan sambutan hari guru.
   
Banana Cuppies

Vanila dan Coklat Cuppies untuk guru-guru: order dari anak-anak. Mamanya yg sponsor...

Kek carot walnut : sempena hari jadi kak long yang  ke16. Mudah2an jadi anak solehah. Lagi 5 biji order dari  Nidia, Mimi, Naziah, Kak Noriah dan Nurul. Cikgu2 SKTTJ ni nak wat buah tangan balik kampung. selamat bercoti...
                                                      Choc Rice Cuppies
                                                Cream Puff :  gebu kan....
 Garlic  Bun  dan cheezy bun....ni amru suka walaupun cheezy bun tu dah kemek pasai lambat dibakar,tunggu  giliran masuk oven. Pizza dah berebut masuk dulu pasai customer dah beratur dengan pinggan.Customers tu ankanda2 le.....
                  
           Nilah pizza yang jadi rebutan walaupun main belasah2 jer......

  Ni kek birthday Nadia, puteri kelima, nak celebrate ngan cikgu dan kawan2 di kelas...Kek span coklat dan choc fudge. Dia tak nak choc moist sebab dua hari sebelum tu dah balun sebiji. Anak2 ni kalau ada orang order, depa pun order sama......
                                                                  Orange cuppies

RESEPI RED VELVET CUPCAKE


Red Velvet Cuppies ni sepatutnya semerah baldu. Tapi saya allergic ngan color. Ngeri nak bubuh color sampai 4 sudu makan, rasa cam bubuh racun plak. Jadilah cuppies yang tak red langsung. Tambah lagi dengan kualiti camera handphone yang tersangatlah canggihnya, nampak macam coklat kan....

Resipinya saya dapat dari blog Mat Gebu, Thanx , CMG.Dia namakan red devil cupcake. Saya tukar red velvet, tak naklah makan devil.... Memang betoi kata cik mat, kalau buat hari ni, esok baru makan, ia lebih lembut selepas dibiarkan semalaman. Tapi erkkk, anakanda2 beta, tak boleh lak tunggu esok-esok, keluar dari oven, terus ngap....Itulah sebab mamanya kena rajin masak, mana larat nak beli.Apapun, thanx cik mat, saya dah lama nak bagi dia award "blogger paling pemurah" , he..he...tapi belum berkesempatan. So, inilah resipinya........

Kek Red Velvet

Bahan-bahan:

1 cawan susu soya(saya guna susu segar)
1 camca teh "cider vinegar" = cuka epal
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
1 cawan gula halus (mat kurang kan 2 camca besar)
1/3 cawan minyak canola (mat guna minyak jagung)
1 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh esen badam (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan susu dengan cuka epal, ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt), teknik ini penting untuk tindak balas soda bicarbonate.
  2. Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam (kalau guna) dan bancuhan susu + cuka epal tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, bakar 18 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing. Lagi sedap dimakan keesokkan harinya.

Kek Lapis Lemon



Kek ini merupakan produk terbaru daripada Koleksi Dapur Panas. Buat semalam , hari ini tinggal sekerat. Memang MOIST dan rasanya masam manis. Resipinya, sila rujuk di bawah.


Kek Lapis Lemon

Bahan-bahannya:
18 kuning telur, 6 putih telur
250 tepung hong kong (gandumpun boleh)
80 ml air ais
400 g mentega (jangan guna g.c.....aaaa)
300 g gula castor
1 tin susu manis
2 sudu makan ovellete
1 biji oren, perah jusnya, kulitnya diparut
1/2 st garam, esen oren, color lemon yellow


Cara-caranya:

1. Mentega dan susu dipukul kembang gebu.
2. Telur, gula, garam dan  ovallete dipukul kembang.
    Masukkan airdan tepung. Pukul  hingga gebu.
3. Satukan kedua-dua adunan. Masukkan esen oren,
     color,  jus oren dan parutan kulit oren.
4. Bakar selapis-selapis. Gunakan api atas sahaja.
    Suhu bergantung kepada oven yang digunakan.
    Apabila kek semakin tinggi, ia semakin cepat  masak.